Telemovie Mentari Lakonan Datuk Rosyam Nor, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle, Adi Putra

Nantikan telefilem arahan Rashid Sibir bertajuk 'Mentari' yang dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle dan Adi Putra. Akan disiarkan pada malam raya jam 10 malam di TV3. 

JUDUL : MENTARI  
WAKTU SIARAN : Khamis, 14 Jun 2018, 10:00 malam 
SIARAN : TV3 
PENGARAH : Rashid Sibir 
TERBITAN : Suhan Movies & Trading 
PELAKON : Datuk Rosyam Nor, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle, Adi Putra

SINOPSIS MENTARI

Mentari meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan Firash. Namun ayahnya, Dato’ Ikmal sukar untuk melepaskan anak tunggal kesayangannya kerana dia bimbang akan kehilangan Mentari. Firash merupakan anak kawan baiknya sendiri. Di saat Mentari dan Firash akan disatukan, ibunya mengingatkan Dato’ Ikmal bahawa dia tidak boleh walikan Mentari kerana Mentari bukan anak kandungnya. Dia mengimbas kenangan lalu, apabila isterinya mengalami kemurungan selepas kematian bayi mereka yang berusia 3 bulan ketika itu. Oleh itu, Dato’ Ikmal mengambil anak angkat dengan bantuan pekerjanya, Khalid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment