Drama Jangan Benci Cintaku Lakonan Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Izzue Islam

Nantikan drama adaptasi novel Jangan Benci Cintaku karya Emy Roberto yang bakal disiarkan di slot Akasia TV3. Drama bersiri 28 episod terbitan Suhan Movies & Trading arahan Pali Yahya. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Izzue Islam, Niena Baharun, Amelia Henderson dan ramai lagi. Akan menemui penonton pada bulan Jun nanti. 
Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep 11Ep 12Ep 13E 14
Ep 15Ep 16Ep 17Ep 18Ep 19Ep20Ep21
Ep 22Ep 23Ep 24Ep 25

JUDUL : JANGAN BENCI CINTAKU 
JUMLAH EPISOD : 28 episod 
TARIKH TAYANGAN : Jun 2018 
SIARAN TV : Slot Akasia TV3 
PENULIS NOVEL : Emy Roberto 
PENGARAH : Pali Yahya  
TERBITAN : Suhan Movies & Trading 
PELAKON : Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Izzue Islam, Niena Baharun, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Luqman Hafidz, Azizah Mahzan

WATAK PELAKON 
Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat
Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda
Izzue Islam sebagai Syazwi 
Niena Baharun sebagai Husna
Amelia Henderson sebagai Damia

SINOPSIS JANGAN BENCI CINTAKU

Rafeeqa terpaksa berkahwin dengan Shahrizal, calon pilihan keluarganya ketika usianya masih muda. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Rafeeqa nekad melanjutkan pelajarannya ke luar negara, walaupun dipujuk rayu si suami. Dengan berat hati, Shahrizal melepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dengan keputusannya.

Pada awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir pengajian Rafeeqa. Mereka sudah kurang berhubung. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Rafeeqa pulang ke tanahair dan mahu menjadi isteri yang lebih baik. Namun Shahrizal sudah ada orang ketiga iaitu Husna. Dengan sokongan rakannya Damia, Rafeeqa tidak mengalah untuk kembali memikat si suami. 

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment