Drama Halalkah Hati Yang Ku Curi Lakonan Aliff Aziz, Farah Nabilah

Nantikan drama adaptasi novel Halalkan Hati Yang Kucuri karya Mia Kiff yang akan mengisi slot Akasia di TV3. Dibintangi oleh Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Hashim Rejab dibawah terbitan produksi Country & Universal Sdn Bhd. Akan menemui penonton mulai 23 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di TV3.

JUDUL : HALALKAN HATI YANG KUCURI 
JUMLAH EPISOD : 27 episod 
TARIKH TAYANGAN : 23 Mei 2018 
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7.00 malam 
SIARAN TV : Slot Akasia TV3 
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi 
PENULIS NOVEL : Mia Kiff 
PENGARAH : Hashim Rejab 
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd 
PELAKON : Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Afique Hussain, Alex Afian, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Zarina Zainuddin, Azhan Rani

WATAK PELAKON 
Aliff Aziz sebagai Faiq
Farah Nabilah sebagai Delisha
Shah Iskandar sebagai Zainal 
Mimi Lana sebagai Salima
Normah Damanhuri sebagai Nenda Rosnah
Jasmin Hamid sebagai Dalina
Afique Hussain sebagai Ustaz Azali
Azhan Rani sebagai Abang Ali

LAGU TEMA / OST 
Siti Sarah - Semakin

Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep 11Ep 12Ep 13E 14
Ep 15Ep 16Ep 17Ep 18Ep 19Ep20Ep21
Ep 22Ep 23Ep 24Ep 25
SINOPSIS HALALKAN HATI YANG KUCURI

Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. 

Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. 

Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment