Drama Rahsia Hati Perempuan Lakonan Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Eina Azman

Nantikan drama Rahsia Hati Perempuan yang bakal disiarkan di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Menampilkan gandingan Hisham Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose sebagai teraju utama. Drama bersiri arahan Michael Ang ini bakal bersiaran disiarkan menjelang Ramadan nanti. 

JUDUL : RAHSIA HATI PEREMPUAN 
JUMLAH EPISOD : 24 episod 
TARIKH TAYANGAN : Mei 2018 
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria) 
PENGARAH : Michael Ang  
TERBITAN : Hyper Pictures Sdn Bhd  
PELAKON : Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Ziha Salleh, Duerra Mitilda, Redzwan Adha, Shah Faris

WATAK PELAKON 

Hisyam Hamid sebagai Zayn 
Mira Filzah sebagai Ilaina 
Fikry Ibrahim sebagai Mikael
Uqasha Senrose sebagai Arissa


Kisah cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan.

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke luar negara. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi.

Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael.

Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment