Latest Post

Renjana [2018]

Saksikan telefilem Renjana yang membawaka kisah seorang wanita yang obses dengan kecantikan tubuh badannya. Dibintangi oleh Amelia Henderson, Ungku Ismail Aziz, Aidit Noh, Adeline Tsen dan Nik Adam Mika. Telefilem arahan Shuhaimi Lua akan disiarkan di ntv7 pada Ahad ini pukul 8:30 malam.

JUDUL : RENJANA 
WAKTU SIARAN : Ahad, 26 Ogos 2018, 8:30 malam 
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7) 
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik 
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdulllah 
TERBITAN : Tanah Beris Film Production 
PELAKON : Amelia Henderson, Ungku Ismail Aziz, Aidit Noh, Adeline Tsen, Nik Adam Mika, Faizul, Farra Shaharudin, Lyna Taufek, Norazlina Ismail

SINOPSIS RENJANA

Nora, seorang wanita muda yang bahagia di sampung suaminya Iqbal. Perkahwinan mereka lebih sempurna dengan kurniaan seorang cahaya mata yang pintar, Adib. Iqbal telah dinaikkan pangkat di syarikatnya. Walaupun sibuk dengan tuntutan kerja, Iqbal tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah.

Nora terpaksa akur dengan permintaan suaminya untuk berpindah ke rumah baharu yang jauh dari keluarga mereka berdua. Iqbal percaya Nora mampu menjaga rumahtangganya dengan baik. Bermulalah rutin harian Nora sebagai seorang suri rumah dan dia merasakan kehidupannnya telah lengkap dan bahagia.

Teman rapatnya Izyan melihat kehidupan Nora amat bosan. Konflik bermula apabila Izyan menegur Nora semakin berisi. Teguran itu telah menggangu fikiran Nora yang selalu berfikiran secara negatif atau bukan-bukan.

Sikap Nora telah mencuri tumpuan Iqbal. Iqbal tidak mengambil kisah dan terima Nora seadanya tetapi Nora mahu dirinya kelihatan cantik dan ramping hanya untuk suaminya. Atas ajakan Izyan, Iqbal membenarkan Nora pergi ke gimnasium.

Nora dan Izyan sering meluangkan masa bersama di gimnasium. Mikaad seorang jurulatih yang berbadap tegap dan kacak telah menarik minat Izyan. Nora tidak senang dengan sikap Izyan yang hanya fokus kepada Mikaad. Pada mulanya, Nora tidak mengendahkan Mikaad, namun dia dikejutkan dengan tindakan beranai Mikaad yang sering menari peluang untuk mendekatinya.

Lama-kelamaan hubungan Nora dan Mikaad semakin rapat hingga Mikaad berani munculkan diri di rumah Nora. Malah Mikaad berkenalan dengan Iqbal dan memberitahu yang dia tinggal di kawangan yang berdekatan.

Pujuk rayu Mikaad berjaya melenturkan hati Nora. Ternyata Mikaad lebih romantis daripada Iqbal. Nora mula hanyut dalam lamunan. Adib selalu mengadu kepada ayahnya tetapi Iqbal yakin dengan Nora. Akibat terlalu leka dengan cinta. Nora telah mengabaikan Adib sehingga berlakunya perkara yang tidak diingini. Adakah Nora mampu menyelamatkan keadaan dan bagaimana dia berdenpan dengan Iqbal nanti. 

Telemovie Maya Mila Lakonan Mimi Lana, Azrel Ismail

Saksikan telefilem Maya Mila adaptasi daripada novel 'Sentuhan Maya Bayangan Mila' karya Faranina Zulfar. Membawakan gandingan utama Mimi Lana dan Azrel Ismail. Akan ditayangkan di ntv7 hari Ahad ini pukul 8:30 malam. 

JUDUL : MAYA MILA 
WAKTU SIARAN : Ahad, 6 Mei 2018, 8:30 malam 
SIARAN TV : Slot Luna NTV7 
PENULIS NOVEL : Faranina Zulfar 
PENULIS SKRIP : Puovin & Tommy Loh 
PENGARAH : Zamri Zakaria 
TERBITAN : Sha's Media Sdn Bhd 
PELAKON :  Mimi Lana, Azrel Ismail, Ridhuan Hashim, Hafiz Nolan, Julia Ziegler, Fazlina Ahmad Daud

SINOPSIS MAYA MILA

Maya dan Mila merupakan pasangan kembar yang mempunyai personaliti yang berbeza. Maya seorang kakak yang pemalu, serius dan tegas. Mila pula adik yang periang dan ceria. Mila telah pun bertunang dengan Farish. Dalam satu kemalangan, Mila telah berkenalan dengan Haris and ingin kenalkan Haris dengan Maya tetapi Maya enggan. Mila membuat keputusan menyamar sebagai kakaknya. Tanpa mengetahui yang bahawa Haris mempunyai masalah mental.

Drama Alamatnya Cinta Lakonan Hisyam Hamid, Hannah Delisha

Nantikan drama Full House versi Malaysia adaptasi daripada drama popular Korea yang akan menampilkan gandingan Hannah Delisha dan Hisyam Hamid sebagai pelakon utama. Drama berjudul Alamatnya Cinta ini diarahkan oleh Bernard Chauly. Akan ditayangkan mulai 20 Ogos ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

JUDUL : ALAMATNYA CINTA (MY FULL HOUSE) 
TARIKH : Mulai 20 Ogos 2018 
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam 
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 123 
PENGARAH : Bernard Chauly 
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd 
PELAKON : Hisyam Hamid, Hannah Delisha, Fahad Iman, Cik Manggis, Alicia Amin,Adam Amin, Jasmine Suraya, Azhar Sulaiman, Shah Rezza, Dian P Ramlee

WATAK PELAKON 
Hisyam Hamid sebagai Faliq Assad
Hannah Delisha sebagai Ellie Farhana
Fahad Iman sebagai Omar
Cik Manggis sebagai Emma
Alicia Amin sebagai Jasmine
Jasmine Suraya sebagai Natalia

LAGU TEMA / OST 
Hana - Aziz Harun & Hannah Delisha
Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep 11Ep 12Ep 13E 14
Ep 15Ep 16Ep 17Ep 18Ep 19Ep20Ep21
Ep 22Ep 23Ep 24Ep 25
Ep 26Ep 27Ep 28Ep 29Ep 30

SINOPSIS ALAMATNYA CINTA

Mengisahkan seorang gadis (penulis) yang telah ditipu oleh sahabatnya sendiri sehingga semua yang dimiliki termasuk rumahnya berpindah tangan dan telah dijual kepada seorang pelakon terkenal. Untuk mendapatkan rumahnya kembali dia bersetuju mengikat kontrak perkawinan dengan pelakon tersebut. 

Telemovie Retak Lakonan Azrel Ismail, Ayda Jebat

 Saksikan telefilem istimewa sempena Aidiladha dibintangi oleh Ayda Jebat dan Azrel Ismail. Telefilem Retak diarahkan oleh Azman Haji Yahya. Akan ditayangkan pada Sabtu, 18 Ogos jam 9 malam di TV3. 

JUDUL : RETAK 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 18 Ogos 2018, 9:00 malam 
SIARAN TV : TV3 (Slot Cerekarama) 
PENGARAH : Azman Hj Yahya 
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd 
PELAKON : Azrel Ismail, Ayda Jebat, Riz Amin, Liza Rafar, Shariza Mahmud 

SINOPSIS RETAK 

Kebahagiaan Iskandar dan Saida semakin pudar apabila dihantui oleh perasaan rendah diri Saida sendiri. Setelah mengalami beberapa keguguran, atas nasihat doktor, Saida tidak digalakkan mengandung lagi.

Drama Ketika Masa Terhenti Lakonan Arja Lee, Jue Aziz, Julia Ziegler

RTM akan menyiarkan drama bersiri bertajuk ‘Ketika Masa Terhenti’ yang menampilkan Arja Lee, Jue Aziz dan Julia Ziegler sebagai teraju utama. Drama arahan Khalid Nadzri ini akan mula bersiaran pada 12 Ogos ini, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 7.00 malam mengisi slot Widuri di TV1.

JUDUL : KETIKA MASA TERHENTI 
JUMLAH EPISOD : 13 episod 
TARIKH TAYANGAN : 12 Ogos 2018 
WAKTU SIARAN : Jumaat-Ahad, 7:00 malam 
SIARAN TV : Slot Widuri TV1 (RTM) 
PENULIS SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim 
PENGARAH : Khalid Nadzri 
TERBITAN : Alfanazra Productions 
PELAKON : Arja Lee, Jue Aziz, Julia Ziegler, Qazem Nor, Abby Nadzri, Farzana Latiff, Nik Adam Mika, Laila Nasir

SINOPSIS KETIKA MASA TERHENTI

Mengisahkan Hairie (Arja Lee) seorang usahawan berjaya yang menjalani kehidupan dengan dua orang isterinya yang tersayang. Isteri pertama Hairie, Hawa (Jue Aziz) adalah ketua chef di sebuah kafe eksklusif di Kuala Lumpur. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zahra dan Irfan. Manakala isteri kedua Hairie, Haizie (Julia Ziegler) merupakan seorang pramugari.

Hawa menerima baik Haizie sebagai madunya namun, perasaan cemburu Haizie sering timbul dan mengganggu emosinya. Dia berusaha untuk menjadi lebih tenang agar kehidupannya suami isteri dapat berjalan dengan aman dan bahagia.

Permulaan cerita menonjolkan Haizie cemburu dengan madunya Hawa. Pelbagai cara digunakan oleh Haizie untuk menyakiti Hawa sedangkan madunya itu melayan dia dengan baik sekali. Haizie melayan Hawa dengan teruk sekali dan memfitnah madunya tersebut membuatkan Hairie marah kepada Hawa.

Satu hari, Hairie kemalangan jalan raya kerana fikirannya berkecamuk dengan bermacam-macam masalah yang ditimbulkan oleh Haizie. Semasa di hospital, doktor memberitahu Hawa bahawa keadaan suaminya agak kritikal dan perlu ditempatkan di bilik Kawalan Rapi (ICU). Hawa cukup bimbang dengan keadaan suaminya. Namun sebaliknya Haizie pula tidak ambil kisah dan pulang ke rumah. Tindakannya menimbulkan kemarahan Puan Syarifah Maznah.

Keluarga Hairie berduka kerana Hairie masih belum sedar dari koma. Hawa pula tidak jemu-jemu menemani suaminya di hospital. Iqbal, sepupu Hairie juga turut bersama-sama bergilir menjaga Hairie di hospital.

Haizie pula telah menyembunyikan diri kerana berasa malu dan segan selepas dimarahi oleh Puan Syarifah Maznah. Disebabkan risau, Iqbal telah mengubah seorang penyiasat untuk mengenalpasti di manakah menghilangnya Haizie.

Syarikat perniagaan Puan Syarifah Maznah telah disabotaj oleh sebuah syarikat lain yang telah cuba untuk merampas perjanjian pembelian sewa beli tanah di Jakarta Indonesia untuk membuka kafe mereka.

Iqbal dan Hawa telah berusaha untuk mencari siapakah dalang dalam melakukan kerja kotor seperti itu. Aina, pekerja di kafe Hawa telah membuat siasatan dan mendapati syarikat yang cuba mencantas rundingan mereka adalah milik kepada seorang ahli perniagaan tersohor di Malaysia, Tan Sri Saifuddin yang juga merupakan rakan baik Puan Syarifah Maznah.

Apa yang menjadi persoalan adalah mengapakah Tan Sri sanggup mencantas perniagaan sahabat baiknya sendiri?

Hairie sedar dari komanya. Walau bagaimanapun, masalah lain muncul apabila Hairie hanya boleh mengingat ibunya dan Iqbal sahaja. Isterinya Hawa terkilan namun terpaksa memahami keadaan suaminya.

Hairie tidak dapat menerima kenyataan yang dia mempunyai isteri. Dia melayan Hawa dengan kasar dan seperti orang asing. Anak-anak Hairie, Zehra dan Irfan juga tidak dilayan.

Hairie kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah. Selang beberapa hari, Haizie kembali ke Malaysia selepas bertugas di Sydney. Haizie sangat gembira selepas mengetahui suaminya telah sedar dari koma. Namun, nasib masih tidak menyebelahi Haizie apabila Hairie juga tidak mengenalinya.

Ingatan Hairie masih belum pulih. Hairie hanya mengingati Ain, bekas kekasihnya sejak zaman sekolah yang kini menjadi guru sekolah Zahra. Keluarga Hairie meminta jasa baik Ain mengembalikan ingatan Hairie terhadap keluarga terutama isteri dan anakanaknya.

Ain dalam dilema kerana tunangnya, Khalid cemburu dia rapat dengan Hairie. Sedangkan niatnya hanya mahu membantu Hawa yang sangat menyayangi suaminya itu.

Begitu juga bagi menolong Zahra, anak muridnya mengembalikan saat manis keluarga bahagia itu.

Lalu apakah kesudahannya? Adakah Hairie dapat mengingat semula? Bagaimana pula dengan Haizie yang mula menerima hakikat sayang Hairie terhadap Hawa dan anak-anaknya tidak dapat mengatasi segala-galanya?

Drama Cinta Lemon Madu Lakonan Aidil Aziz, Ruhainies, Riena Diana

Nantikan drama bersiri Cinta Lemon Madu yang bakal menampilkan gandingan utama Aidil Aziz, Ruhainies dan Riena Diana. Drama genre romantik komedi, sentuhan pengarah Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Bakal ditayangkan di slot Lestary tv3 bermula 8 Ogos ini, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9 malam. 

JUDUL : CINTA LEMON MADU  
EPISOD : 13 episod 
TARIKH TAYANGAN : 8 Ogos 2018 
WAKTU SIARAN : Rabu-Khamis, 9:00 malam 
SIARAN : Slot Lestary TV3 
SKRIP : Siti Solehah Abdul Ghani 
IDEA ASAL : Engku Hairolizam / Siti Solehah 
PENGARAH : Hashim Rejab 
TERBITAN : Sha's Media Sdn Bhd 
PELAKON : Aidil Aziz, Ruhainies, Riena Diana, Eyra Hazali, Epy Kodiang, Kazar Saisi, Mubarak Majid, Helvera Susanti, Siti Noor Fadilla, Eylla Diefila, Zya Naziha, Carolia, Jaafar Hassan, Abil, Farah, Siti Riwiyani, Hanis Kamal Bakar

WATAK PELAKON 

Aidil Aziz sebagai Firash
Riena Diana sebagai Aisyah
Ruhainies sebagai Haida
Eyra Hazali sebagai Amy
Epy Kodiang sebagai Daus
Kazar Saisi sebagai Haji Kamsan
Mubarak Majid sebagai Aji Razal
Helvera Susanti sebagai Jamilah
Siti Noor Fadilla sebagai Kak Yan
Eylla Diefila sebagai Pelanggan
Zya Naziha sebagai Suriati
Carolia sebagai Shida

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Bulan Indah 
Penyanyi : Zara Ali 

SINOPSIS KISAH LEMON MADU 

Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep 11Ep 12Ep 13
Firash telah diambil sebagai anak angkat dalam keluarga berada semenjak kematian ibunya dari kecil. Haida, adik angkat Firash telah dijodohkan untuk berkahwin dengannya kerana ibu mereka risaukan kenakalan Haida. Sikap Haida yang masih muda dan masih mahu berseronok tidak disenangi Firash dan Firash sentiasa rasa terabai. Sehinggalah Firash berjumpa dengan Aisyah ketika menyelamatkannya dari peragut, Firash mula terjatuh hati kepada Aisyah.

Cinta Bukan Kristal Lakonan Shaanaz Ahmad, Ayda Jebat, Raja Afiq

Nantikan drama bersiri Cinta Bukan Kristal yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Shaanaz Ahmad dan Ayda Jebat. Turut dibintangi oleh Raja Afiq, Nina Iskandar, Nazrief Nazri, Ayu Raudhah dan ramai lagi. Drama terbitan Orangetree Production dibawah arahan Shuhaimi Zulkefli.

JUDUL : CINTA BUKAN KRISTAL 
JUMLAH EPISOD : 28 episod 
TARIKH TAYANGAN : 2018 
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 7:00 malam 
SIARAN TV : Slot Akasia TV3 
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli 
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd 
PELAKON : Shaanaz Ahmad, Ayda Jebat, Raja Afiq, Nina Iskandar, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Hazman Al-Idrus, Fauziah Nawi

WATAK PELAKON
Shaanaz Ahmad sebagai Adrian Hilman
Ayda Jebat sebagai Aryana
Raja Afiq sebagai Syafiq
Nina Iskandar sebagai Sofea
Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep 11Ep 12Ep 13E 14
Ep 15Ep 16Ep 17Ep 18Ep 19Ep20Ep21
Ep 22Ep 23Ep 24Ep 25
Ep 26Ep 27Ep 28Ep 29Ep 30

SINOPSIS CINTA BUKAN KRISTAL

Mengisahkan Adrian, seorang suami dan bapa kepada dua orang anak yang selama ini dilihat sempurna di mata semua wanita. Suami yang baik dan bapa yang penyayang. Namun segala-galanya berubah apabila Adrian bertemu Aryana.
Aryana pula seorang wanita yang terkena kejutan budaya sehingga jatuh hati terhadap suami orang lain. Hubungan cinta antara Adrian dan Aryana melukakan hati banyak pihak terutama isteri dan keluarga Adrian.

Bagaimanakah seorang suami dan bapa mithali boleh tunduk kepada godaan cinta orang ketiga. Hancurkah kebahagiaan yang dibina selama ini?